Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Kemahiran Lisan Bahasa Arab Di Universiti Teknologi MARA (UiTM) / Students’ Attitude Toward Oral Arabic Learning At Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Artikel ini merupakan artikel kedua saya di Jurnal Gema Online. Jurnal ini terindeks dalam SCOPUS dan dalam proses penyenaraian di Jurnal ISI Thomson. Saya suka menghantar artikel ke sini kerana maklum balas yang cepat dan tempoh menunggu untuk diterbitkan pun agak cepat. Maklumat lanjut tentang jurnal ini boleh didapati di sini.

 

Abstrak

Kursus bahasa Arab di UiTM merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Manakala sikap terhadap pembelajaran bahasa pula dikenal pasti mempengaruhi proses pembelajaran. Kajian ini meninjau sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merangkumi dua aspek iaitu sikap terhadap pengajaran bahasa dan sikap terhadap bahasa Arab. Objektif kajian adalah untuk meneroka sikap pelajar dari segi kognitif, afektif dan konatif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan 21 temu bual, iaitu 13 siri temu bual bersama pelajar dan lapan siri temu bual bersama pensyarah. Pemilihan pelajar dibuat dengan mengambil kira faktor latar belakang pengalaman bahasa Arab dan gugusan fakulti pelajar. Data temu bual yang diperolehi telah ditranskripkan secara verbatim dan diproses menggunakan perisian NVIVO7 bagi mewujudkan tema yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi kognitif, semua pelajar menyatakan kepentingan bahasa Arab walaupun sebahagian mereka lebih mementingkan subjek yang lain. Persepsi pelajar dari segi kesukaran pula bergantung kepada tahap pengalaman mereka yang terdahulu. Dari segi afektif, semua pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap bahasa Arab, cuma pelajar yang tiada asas menyatakan rasa tidak selesa dengan keadaan kelas yang mencampurkan antara pelajar yang ada asas dengan yang tiada asas. Dari segi konatif, pelajar menunjukkan ketekalan mereka dalam pembelajaran dan ingin terus mempelajarinya pada masa-masa akan datang. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan pengajaran yang digunakan perlu sesuai dengan latar belakang pengalaman pelajar. Pendekatan yang sesuai penting kerana ia mempengaruhi pembentukan sikap pelajar seterusnya memberi kesan terhadap prestasi pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab.

Kata kunci: sikap, kemahiran lisan bahasa Arab, pengalaman pembelajaran, pendekatan pengajaran

Abstract

The Arabic course in UiTM is an elective offered to first degree students. On the other hand, students’ attitude toward language learning has been identified to influence the learning process. This study investigated students’ attitude toward the learning of oral Arabic in Universiti Teknologi MARA (UiTM) which includes two aspects, attitude toward the teaching of the language and attitude toward the language itself. The objective of the study is to explore students’ attitude from the cognitive, affective and conative perspectives. This is a qualitative study engaging 21 series of interviews, comprising 13 series of interviews with students and 8 with subject lecturers. The selection of students took into consideration their prior experience in learning Arabic and the faculty clusters they belonged to.  The acquired interview data were transcribed verbatim and analysed using NVIVO7 software in order to establish the relevant themes. The study found that cognitively, all students affirmed to the importance of the oral Arabic even though they prioritized other subjects. Students’ perception toward the difficulty of learning oral Arabic depends on their prior knowledge and experience. Affectively, all students expressed their positive attitude toward learning oral Arabic, except for some who had no foundation of the language expressed their uneasiness, learning in classess where students are of mixed abilities. Conatively, the students had shown their resilience to the learning and would like to continue doing so in the future. This study recommends that the teaching approach used be appropriate to the students’ prior knowledge and experience. Appropriate approach is therefore vital in moulding students’ behaviour which consequently affects their performance in learning oral Arabic.

Keywords: attitude, oral Arabic, prior experience, teaching approach

full paper: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemaarchives.html

Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, & Parilah, M. S. (2010). Sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM). GEMA Online Journal of Language Studies 10(3), 15-33. (SCOPUS)

This entry was posted in artikel jurnal and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s