Tentang saya

Seorang Muslim sunni, alhamdulillah. Sekarang menetap di Cheras, Kuala Lumpur dan berkhidmat di Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam.

Seorang bapa kepada lima orang anak dan suami kepada seorang isteri.

Memperolehi ijazah sarjana muda bahasa dan kesusasteraan Arab daripada University of Jordan, Amman (1997), Diploma pendidikan daripada UIAM (2000) dan Sarjana Pengajian Islam (bahasa Arab) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (2000). Alhamdulillah, baru sahaja selesai ijazah kedoktoran dalam pendidikan bahasa Arab di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (2012). Tajuk tesis: Penilaian kemahiran lisan dalam kurikulum bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM)..

Bersekolah rendah di Sek Keb. Laki-Laki, Dungun (1981-1983), Sek. Keb. Belara, Manir (1983-1986), Sek. Men. (A) Tok Jiring, Kuala Terengganu (1987-1989) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang (1990-1991).

Bidang pengkhususan: pendidikan bahasa Arab, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, penilaian kurikulum, psikologi pendidikan, strategi pembelajaran bahasa, serta pengukuran dan penilaian.

Boleh dihubungi di gy_ar@yahoo.com

facebook: Ghazali Yusri Ar

Biodata di laman web Akademi Pengajian Bahasa, UiTM di sini .

CV

16 Responses to Tentang saya

  1. ROZWINDA MOHD ROSMI says:

    Assalamualaikum Ustaz Ghazali, saya librarian kolej ptpl shah alam. perpustakaan kami nak beli buku latihan bahasa arab yg digunakan masa kami belajar masa degree di UiTM (Sem 1 & 2). macamana kami boleh membuat pembelian? Boleh ustaz beritahu caranya?

    terima kasih.

  2. Abd. Razak Hashim says:

    Assalamualaikum Ustaz Ghazali, saya sedang menulis tesis tetang self-regulated learning. Saya memohon jasa baik tuan untuk mendapatkan instrumen MSLQ dalam versi Bahasa Melayu. Sekiranya ada, ingin saya gunakan dan akan acknowledge nama ustaz dalam tesis saya. Terima kasih.

  3. Rosyati Abdul Rashid says:

    Assalamualaikum Ustaz Ghazali,
    Saya ingin menjalankan satu penyelidikan berkaitan pembelajaran pelbagai bahasa di 4 buah Sekolah Menengah IMTIAZ di bawah pengurusan Yayasan Terengganu. Sehubungan itu, saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat berkongsi instrumen MSLQ yang telah ustaz terjemahkan ke dalam versi Bahasa Melayu. Saya berjanji akan “acknowledge & cite” nama ustaz sebagai penterjemah asal instrumen tersebut. Harap mendapat jawapan positive daripada ustaz. Sekian, terima kasih.

  4. Sangat teruja membaca blog Dr. GY ni. Doakan saya dapat ikut jejak langkah Dr. ye.

    • gyar says:

      Alhamdulillah, segala yang baik itu datangnya dari al-Khaaliq.. catatan di sini hanyalah satu perkongsian ilmu dan pengalaman. Moga diterima Allah sebagai satu amalan kebaikan serta menjadi kaffarah kepada dosa-dosa masa lalu dan akan datang…

  5. norli mohd ismail says:

    Assalamualaikum. Saya pelajar sarjana dan sekarang perlu menulis jurnal sebagai assigment dari pensyarah. Blog ustaz banyak memotivasikan saya. Tq.

  6. salam Dr. saya pelajar phd usm dalam bidang kaunseling pendidikan..boleh Dr suggestkan jurnal yg mana sesuai untuk saya hntar n mudah di luar negara dan dalam malaysia.tq

    • gyar says:

      Salam…
      Soalan ini sukar utk dijawab.. ia bergantung kpd matlamat saudari iaitu bila nak terbit, kategori jurnal macamana dll…saya ada sebutkan perkara ni dlm siri tulisan saya…apapun, dlm bidang saudari, banyak jurnal boleh dihantar

  7. azhar says:

    salam ust. alhamdulillah banyak input yang saya dpt dari perkongsiaan yang ust nukilkan…sya pljr PHD UTM semester 1, bimbingan dan kaunseling.. kalu ust balik terngganu ingat nak jumpa untuk belajar tentang buat jurnal..saya dari batu rakit..

  8. Najwa says:

    Assalamualaikum Dr.
    Sy Peg. Penerbitan di USIM dan berhasrat utk menjemput Dr. menjadi penceramah Bengkel Jurnal. Boleh kah Dr.? Sekiranya Dr. sudi mohon Dr. emel sy. Terima kasih.

    • gyar says:

      waalaykumussalaam Pn Najwa,

      terima kasih atas jemputan. Bagus juga kalau dapat berkongsi pengalaman dgn para ilmuan yg lain. Namun, saya sekarang berada di UK, selama 3 tahun menemani isteri buat PhD di sini. mungkin saya boleh mencadangkan guru-guru saya di Fakulti Pendidikan UKM seperti PM Dr Nik Rahimi Yusoff untuk bengkel ini. Saya mohon maaf banyak2.

  9. hafizah says:

    salam ustaz..boleh saya minta pandangan ustaz untuk tajuk thesis bahasa arab? maaf kalau soalan berbunyi agak “silly”.

  10. ANISAH BINTI IBRAHIM . says:

    assalamualaikum ustaz..sy anisah dr universiti sains islam malaysia(usim),,sy student sarjana muda bahsa arab dan komunikasi..sy skrg mencri tjuk tesis tp sy xthu apa tjuk tesis y sesuai utk sy bt tesis..oleh itu,,sy ingin mntk pendapat ustaz,,apakh tjuk tesis y sesuai berkaitan dgn bhsa arab?

  11. ANISAH BINTI IBRAHIM . says:

    sy arap ustaz blh bantu sy..trme ksh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s