Kawalan Kepercayaan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Sebagai Bahasa Ketiga

Artikel ini merupakan artikel kedua saya di jurnal ini. Sedikit mengenai jurnal: ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education (AJTLHE) is devoted to the dissemination of information on teaching and learning in higher educational context. It is published twice a year (January & July) on the Web. AJTLHE is a fully refeered electronic open access journal that publishes articles, research studies, reports and book reviews related to teaching and learning in higher education. AJTHLE is also in the process of being indexed in SCOPUS. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Abstrak

Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap kawalan kepercayaan pembelajaran (control of learning beliefs) dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga dalam konteks kemahiran lisan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif ini menggunakan satu instrumen soal selidik yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Bagi data kuantitatif,  seramai 297 orang sampel dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Manakala bagi data kualitatif pula, ia melibatkan 21 siri temu bual bersama pelajar dan pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar dalam pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab, aktiviti dan amalan pembelajaran yang boleh menggalakkan autonomi pelajar dapat digunakan secara intensif bagi membina tahap kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar.

Kata kunci: kawalan kepercayaan pembelajaran, kemahiran lisan bahasa Arab, pembelajaran bahasa Arab, pembelajaran kendiri, MSLQ

Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Parilah M. Shah, & Wan Haslina Wah (2011). Kawalan kepercayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga. ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education, 3(2), 41-47.

Full paper

This entry was posted in artikel jurnal, self regulated learning and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s